AJK BILIK-BILIK KHAS PROGRAM 3K/2010

AJK BILIK-BILIK KHAS PROGRAM 3K/2010
KEBERSIHAN,KESIHATAN,KESELAMATAN

Tuesday, September 28, 2010

LAWATAN PENANDA ARAS BILIK / SUDUT SUMBER PPDa NEGERI PAHANG

SELAMAT DATANG....

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Melaka bercadang mengadakan lawatan penanda aras sudut / bilik sumber PPDa. Ahli rombongan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid dari sekolah-sekolah negeri Melaka. Lawatan ini dijangka akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan kami tentang pengurusan sudut/ bilik sumber PPDa.

Tarikh: 29 September 2010
Hari : RABU
Masa dan destinasi: SMK Maran, Maran - 09.30 pagi
SMK Inderapura, Jerantut - 12.30 tgh
SK Jerantut Jaya, Jerantut - 2.00 petang

"MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH"

Tuesday, February 2, 2010

POLISI PROGRAM SEKOLAH SELAMAT – 3K (KESELAMATAN, KEBERSIHAN, KESIHATAN)

l POLISI KESELAMATAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH

l POLISI SALAH LAKU SIFAR

l POLISI KESELAMATAN DI MAKMAL

l POLISI KESELAMATAN KANTIN

l POLISI KESELAMATAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

l POLISI KESELAMATAN BILIK-BILIK KHAS

l POLISI KESELAMATAN PONDOK REHAT/TEMPAT MENUNGGU

l POLISI KESELAMATAN ELEKTRIK

l POLISI KESELAMATAN PAGAR SEKOLAH

l POLISI PENGAWALAN JIKA SAKIT / DEMAM

MENGAPA PERLU PROGRAM 3K

ü Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan.

ü Polisi yang berterusan perlu diwujudkan agar isu-isu keselamatan sosial, emosi dan teknikal dapat dilaksanakan.

ü Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan.

ü Keupayaan sekolah untuk menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti.

OBJEKTIF PROGRAM 3K

Ø Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu
keselamatan kecemasan kemalangan dan malapetaka.

Ø Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam
perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.

Ø Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.

Ø Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.

Ø Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Ø Menyediakan panduan bagi setiap individu yang perlu diambil.

Ø Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.

Ø Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif
kepada sekolah.

MATLAMAT PROGRAM 3K

Mewujudkan Budaya Selamat di Sekolah Dan Persekitaran Secara Berterusan Dengan Sokongan Keluarga Dan Komuniti Setempat